Wednesday, 4 May 2011

kita lalu berkelana




















sebelum lumpuh biar berlari hari ini,
biar menari di atas langit,
di atas awan putih yang bayu,
biarkan jiwa kosong, hati yang rindukan tanah,
asalkan kita dapat bertali,
lalu kita berkelana

biar hujan merintik lebat,
memberat atas muka yang kaku,
agar membenar tangis berlalu laju,
membiar bayu perlahan menarik,
selimuti tubuh yang lesu,
agar gusar yang bersarang berlalu
biar, asalkan yang cita genap dicapai,
asalkan yang diinginkan tak aduh digapai,
biar genggam, biar erat,
biar api menjadi arang,
biar sampai arang berdebu

tak, takkan perlu ada sesiapa untuk memahami,
kerana kita takkan pernah berhak walau untuk dicintai,
kerna kita cuma menginginkan bayu ini bertiup terus,
tanpa ada prasangka,
bebas,
terbang,
berlalu,
hingga sampai masa untuk hinggap,
kita terus berkelana

3 comments:

payung said...

tiada nak kata apa.

cuma,
ini buat pagi aku senyum.
harini. =]

nice hand.

Qaisy Jaslenda said...

:)

AAA Jr. said...

QJ sangat pandai bermain dengan perkataan. cemburu saya

(: