Monday, 1 November 2010

Satu


Satu jariku kaku,
Tutup semua rongga yang bersarang,
Biar penat,
Biar lelah,
Biar yang buta ketemu jalan,
Biar yang bisu tak punya beban,

Apa jiwa ini masih lapang?
Tidak sibuk sampai aduh,
Tidak masih bisa mengertikan sorakan-sorakan kota yang bingit,
Tidak sampai waktu siang melabuh teduh,

Untuk apa punya cinta?
Untuk apa punya kasih?
Untuk apa punya rasa?
Jika yang nyata hanya dongengan,
Jika yang jauh hanya bisa diinginkan,

Aku berduakan diri,

Yang nyatanya hanya sendiri,
Yang tidaknya..
sepi.


13 comments:

RITZ CHEWAN said...

Berduakan?

penyinggah said...

Kadang kala kita terlalu mengimpikan cinta sehingga kita gagal melihat apa yang berada di depan mata.

apa guna bertanya apa gunanya cinta,
pabila diri menolak kasih dari orang?

Mushrinesa said...

Karya yang simple tapi menarik.
Saya tengah cuba nak memahamikan...
anyway, terasa nak menyibuk pulak...
sengaja mencelah,andai ade ruang untuk memberikan pendapat.

kalau terkaku jari nan satu,
bisa bertongkat pada dagu yang setia membantu,
biarkan setiap derita bersarang pada sisi kesabaran.
andai buta sudah ketemu jalan pulang,
Izinkan terang suria meliputi kegelapan yang memandang.
andai yang bisu bisa berkata,
Alangkah bertambah perdebatan manusia dalam inderaloka ciptaan kita.

Jika kota yang dulunya bingit kian beransur lengang,
Itu tandanya gemersik angin kian sukar untuk menyanyikan irama kehidupan.
Andai waktu kian berlalu, semakin norma hidup ini, kembali berjalan diatas paksi yang telah ditentukan.

Cinta itu milik Tuhan,
Kasih itu milik manusia,
Untuk punyai perasaan kasihan pada jiwa yang sengsara,
Rasa yang ada merupakan suatu pelengkap jasad dalam meniti perjalanan yang panjang,
Tanpa rasa, insan tidak mampu menyinta.

Jika yang sepi itu datang dan pergi,
Biarkan ia tiba pada waktunya,
pulang sepantas detik waktu yang berlalu.
Andai sepi tetap menjadi peneman diri,
Yakinlah, ada hikmah disebalik setiap minpi.

Mushesa

Qaisy Jaslenda said...

ritz chewan,
berduakan.


Penyinggah,
Cinta tak pernah diimpikan,
untuk mereka yang punya.
Tak pernah pula boleh dipaksakan,
untuk mereka yang tiada.


Mushrinesa,
cantik. :)
jauh lebih cantik.

Cuma yang Satu ini bukan mainan bahasa,
tapi rasa.

p.s.
anyways, u missed one very important line. the most clear one ;)

ShAriLiZzaTi said...

Best ar qaisy..sjak ko..nk kngsi gk..tp ak x seterer ko la ye..hehehe

(http://kyzati.blogspot.com)
[HATI]
Hati..
susah untuk berbicara tentangnya..
susah untuk memahaminya..
susah untuk mengetahui apa hendaknya..

Hati..
kadang-kadang kita faham..
kadang-kadang kita keliru..
kadang-kadang kita was-was..

Hati..
ingin sekali memahami dan menyelaminya..
namun masih lagi tidak berjaya..
biarpun ianya milik aku..
dan juga dirimu...
tapi aku masih keliru..

Hati..
aku bahagia bersamamu sayang..
aku gembira bersamamu sayang..
mungkin jarak kita menimbulkan keraguan..
namun,aku tetap menafikannya..
saling percaya..itu menguatkan lagi cinta kita..

Hati..
aku tau..
ianya pernah kecewa pada diriku..
ianya pernah hancur kerana diriku..
tapi..
aku telah sedar..
ianya hanya milikmu sayang..

Hati ini...
hanya untukmu..
tiada yang lain..
walaupun terpaksa aku tahan..
perit...suka..dan duka..bersamamu..
namun..ianya akan sentiasa bahagia...
dan ianya akan menjadi milikmu selamanya...

Hatimu...
aku ingin miliki sepenuhnya..
aku ingin membahagiakannya..
aku ingin ianya gembira di sampingku...
aku ingin menjaganya..

Hatiku dan hatimu..
kini bersatu..
dan tiada lagi kecurigaan..
aku percaya cinta kita akan kekal untuk selamanya..
kerana cinta kita ikhlas hanya kernaNya...

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

I love reading your blog.
Keep on writing =)

Mushrinesa said...

Sebab musababnye, saya sukar untuk memahami apa yg bermain difikiran saudara...

setiap perkataan menunjukkan perasaankan, saya masih cuba meneka,
tapi berdasarkan bait-bait puitis yang terakhir, dapat disimpulkan bahawa,
Si penyajak cuba menghiburkan hati yang sepi dengan mengakui dan mempercayai bahawa beliau tidak bersendirian.
Ataupun, penyajak cuba menyibukkan diri dengan melakukan apa-apa aktiviti untuk tidak merasakan kesunyian yang menyelubungi hati.

Akhirnya dia tersedar,
Walaupun seramai mana manusia berada disekelilingnya, walau selengkap mana diri penyajak rasa,namun hakikatnya, beliau masih bersendirian.

tetapi, walaupun beliau dalam kesepian,
sedetik pun, perasaan sepi itu tidak dapat meragut kekuatan penyajak.

Ini persepsi saya dalam menghayati puisi saudara...
Sebab sukar nak memahami hati orang lain..
huhu...

Qaisy Jaslenda said...

haha

Mushrinesa,
yang bezanya, saudara penyajak,
yang menulis ni pula hanya pendamba rasa. amat jahil menulis, tapi kukuh isinya.
untuk fahami rasa, tak boleh dibacakan yang semua sekaligus.
Tapi satu persatu.
sungguh, yang satu itu, lagi besar maksudnya ;)

Mushrinesa said...

Betul jugak,
Rasanya hanya penulis sahaja yang dapat memahami hati sendiri.
Saya hanya sebagai pembaca dan tukang memahami.
Anyway, satu persatu perkataan itu mesti membawa maksud yang besar dalam diri penulis. Teruskan menulis~

i.Z.z.A.t.I said...

babe.
i rindu :'(

Anonymous said...

a few lines remind me of ada apa dgn cinta movie.nway nice one. :)

Muhammad said...

Inilah akibatnya
jika balang gula tak ditutup rapat

Ianya hanya mengundang ' semut '

Anonymous said...

Hey i am suuper boy